Search This Blog

Tuesday, January 18, 2011

BARIAN SAMPAI MATI MASYARAKAT MURUT TAGAL DAERAH SEPULUT, SABAH.

4.1 PENGENALAN
  • Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah iaitu Kadazandusun, Bonggi, Murut, Kimarang, Bajau, Kwijau, Paitan, Lundayeh, Kedayan, Ubian ,Sulu, Binadan, Bisaya, Kokos, Rumanau, Lotud, Minokok, Orang Sungai (Sungei), Rungus, Tatana, Tagaas, Suluk, Melayu, pelbagai kumpulan etnik Filipina selatan, Irranun dan Ida'an Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan yang terbesar selepas kaum Kadazandusun. Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur ; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka), dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku). 

  • Masyarakat Murut di negeri Sabah merupakan salah satu kaum ketiga terbesar di negeri Sabah dan berpegang kuat kepada adat. Adat yang diwarisi daripada zaman nenek moyang menjadi ikutan sehingga hari ini, misalnya adat perkahwinan, adat kematian, adat "Tina'uh" dan adat "Barian Sampai Mati". Adat "Barian Sampai Mati" merupakan adat yang sangat popular dan sinonim dengan masyarakat Murut Tagal di negeri Sabah. Adat ini diamalkan oleh Murut Tagol di kawasan pedalaman Sabah khususnya di Daerah Pensiangan, Daerah Sepulut dan Daerah Nabawan.
  • Dalam bab ini, pengkaji melakukan pengkajian berkenaan dengan adat "Barian Sampai Mati" oleh masyarakat Murut Tagol yang menduduki kawasan pedalaman Negeri Sabah iaitu khusus kepada Daerah Sepulut sahaja. Adat "Barian Sampai Mati" mempunyai perspektif negatife daripada masyarakat lain di negeri Sabah kerana dianggap sangat membebankan kehidupan seharian khususnya pihak lelaki yang telah berkahwin. Timbul persoalan sama ada adat ini masih releven atau pun tidak untuk diamalkan pada zaman moden sekarang. Walaubagaimanapun, seperti pepatah Melayu mengatakan "selagi adat di kandung tanah, selagi itulah adat dijunjung".

4.2 PENGERTIAN ADAT
  • Menurut Md. Yussop Bakar (1989 : 30) adat bertindak sebagai hukuman dan juga mempunyai fungsinya yang tersendiri sebagai alat sosialisasi dan juga kawalan sosial dalam masyarakat. Kedua-dua aspek ini iaitu aspek hukuman dan juga fungsi adat itu sendiri berlaku dalam rangka hubungan manusia sesama manusia iaitu hubungan sosial dan juga alat tabii dan dengan alam metafizik.
  • Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi "Biar mati anak, jangan mati adat".
  • Menurut Zainal Kling dalam Md. Yussop Bakar (1989 : 28-29) menyatakan bahawa kemunculan adat merupakan struktur asas keseluruhan kehidupan dan menegaskan ciri keperibadian sesebuah masyarakat. Dengan demikian dalam masyarakat tradisi, adat mempunyai kedudukan suci sehingga mencapai martabat agama, dipancarkan oleh kelakuan yang betul halus, sesuatu ciri kehidupan yang menyerapi sistem kepercayaan, hukuman dan denda. Setiap anggota masyarakat yang melanggar, melencong atau menafikan adat akan menerima balasan dan kehidupan. Anggota masyarakat yang mematuhi adat akan hidup senang dan bahagia serta meneruskan kepatuhan kepada adat.

4.3 PENGERTIAN ADAT 'BARIAN SAMPAI MATI'
  • Barian atau dalam bahasa Melayu 'Mas Kahwin" dan dalam bahasa Inggeris "Dowry". Barian ialah nama yang diberi oleh masyarakat Murut bagi menunjukkan mas kahwin ataupun barang-barang hantaran daripada keluarga pihak lelaki kepada keluarga pihak perempuan semasa perkahwinan berlangsung. Oleh demikian, 'barian sampai mati' bermaksud mas kahwin atau barang-barang hantaran yang dituntut atau diminta oleh keluarga pihak perempuan daripada keluarga pihak lelaki bermula dari perkahwinan sehingga ke akhir hayat.
  • Adat 'Barian Sampai Mati' sudah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi oleh masyarakat Murut di Sabah. Apabila gadis Murut dikahwini oleh lelaki pilihan keluarga atau pilihan sendiri, barian akan terus ditagih oleh keluarga pihak perempuan sehingga ke akhir hayat. Meskipun sudah beranak pinak dan umur sudah menjangkau 30 hingga 90 tahun, tetapi keluarga pihak perempuan masih meminta barian daripada pihak lelaki. Masyarakat Dusun dan masyarakat lain di Sabah mengatakan bahawa gadis Murut yang dikahwini memiliki barian atau pun hantaran mas kahwin yang sangat mahal berbanding dengan suku kaum lain di Malaysia.
  • Adat "Barian Sampai Mati" dapat dilihat apabila keluarga sebelah pihak perempuan menghadapi masalah seperti ada kematian, saudara mara berkahwin, menghadiri perkahwinan dan menghadiri "Tinauh". Keluarga sebelah pihak lelaki mahupun suami gadis yang dikahwini turut dilibatkan sama dalam kesusahan tersebut. Pihak suami mesti membantu keluarga sebelah pihak perempuan dengan memberi mana-mana barang seperti tajau, kain sarung, emas, gong, kain nila, sisitan, duit dan sebagainya untuk diberi kepada keluarga pihak perempuan yang meminta bantuan. Selain ibubapa perempuan yang dikahwini meminta pertolongan, keluarga lain juga turut melakukan hal yang sama kepada pihak lelaki. Adat ini amat membebankan masyarakat Murut tetapi memandangkan adat ini sudah lama diamalkan, maka adat ini terus menjadi amalan tradisi masyarakat Murut Tagal di daerah Sepulut Sabah.
  • 'Barian Sampai Mati' juga dapat dilihat apabila keluarga pihak perempuan pergi mengunjugi rumah pihak lelaki selepas kahwin, keluarga pihak perempuan akan meminta apa saja yang disukai dan dijumpai oleh mata mereka dalam rumah menantu lelaki. Pada masa itu juga, keluarga pihak perempuan akan terus mengambil benda atau pun barang tersebut misalnya televisyen, peti sujuk, tajau, gong, kain sarung, emas, basikal dan apa sahaja yang ditemui ketika berada di rumah pihak lelaki. Pihak lelaki pula tidak berbuat apa-apa dan membenarkan saja permintaan keluarga pihak perempuan sebagai tanda hormat kepada bapa dan mak mertuanya.
  • Untuk memiliki seorang gadis Murut, pihak lelaki terpaksa menanggung beberapa risiko tinggi untuk memenuhi tuntutan barian daripada keluarga pihak perempuan. Keluarga pihak perempuan berhak menuntut barian apa saja pada bila-bila masa. Pihak lelaki pula terpaksa menurut permintaan daripada keluarga perempuan untuk menjaga maruah keluarga. Berikut merupakan beberapa cara pihak perempuan menuntut barian atau mas kahwin daripada pihak lelaki.

4.4.1 Semasa 'Anamong' atau bertunang.
  • Selepas adat merisik berjaya dilakukan terhadap seorang gadis Murut yang bakal dikahwini oleh sang teruna, adat bertunang akan diadakan di rumah keluarga pihak perempuan. Selalunya adat bertunang ini dilangsungkan di rumah panjang dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Adat bertunang ini penting untuk memberi tanda kepada gadis yang dirisik tadi bahawa dirinya 'sudah dimilki' dan tidak boleh dirampas oleh mana-mana lelaki lain. Antara barian atau mas kahwin yang dituntut oleh ibubapa keluarga pihak perempuan ialah :- Duit Rm 100.00- Kain sarung atau 'tapi' 10 hingga 30 keping- Rantai, cincin dan anting-anting.- Bungkas atau rantai manik buatan lama- Tajau atau 'sampa' kecil antara 5 hingga 10 buah.- Lain-lain ikut permintaan keluarga pihak perempuan.
  • Sejak sekian lama, barian atau hantaran mas kahwin ini sudah ditetapkan oleh orang tua-tua yang berpengaruh sejak turun tumurun lagi. Malah, selain daripada jenis barian yang disenaraikan di atas, terdapat lagi barian yang dituntut oleh ibubapa pihak perempuan seperti seekor lembu atau seekor kerbau sebagai tanda sayang kepada anak gadis mereka yang bakal berpisah dengan keluarganya untuk bersama dengan bakal suaminya. Ianya bergantung kepada sifat 'gila harta' ibubapa pihak perempuan untuk mengeksploitasi anak gadis mereka bagi memperolehi barang hantaran mas kahwin. Ada kalanya, pihak lelaki tidak dapat memenuhi permintaan barian oleh keluarga pihak perempuan kerana dianggap terlalu mahal dan sukar didapati. Akibatnya, berlaku ketidakpuashatian dan menyebabkan ikatan pertunangan tersebut diputuskan sama ada oleh pihak lelaki yang merasakan barian tersebut keterlaluan ataupun pihak perempuan yang merasakan pihak lelaki tidak mampu membayar mas kahwin anaknya.
  • Adat barian yang keterlaluan hanya diamalkan oleh sesetengah ibubapa yang merasakan anak mereka layak dibayar tinggi. Manakala ibubapa yang berfikiran positif dan pandai bersikap bertimbang rasa akan mengikut barian yang ditetapkan dan tidak meminta lebih daripada itu. Namun, ada sesetengah pihak lelaki sanggup menurut apa sahaja yang diminta oleh keluarga pihak perempuan meskipun bariannya sangat mahal. Itu sebagai tanda sayang seorang teruna kepada gadis yang bakal dikahwininya.

4.4.2 Semasa Majlis Perkahwinan
  • Selepas beberapa bulan bertunang, majlis perkahwinan akan dilangsungkan selama tiga hari atau seminggu. Biasanya diadakan di rumah panjang dan dihadiri oleh sanak saudara. Mengikut tradisi masyarakat Murut Tagal, anak-anak mereka berkahwin dalam usia yang masih muda iaitu sekitar 13 tahun bagi anak perempuan dan 15 hingga 18 tahun bagi anak lelaki. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka. Dalam adat perkahwinan masyarakat Murut, sistem barian iaitu hantaran sampai mati atau barian kahwin seumur hidup diamalkan. Sistem ini dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah berkahwin. Barian yang dibawa oleh pihak lelaki semasa majlis perkahwinan dianggarkan RM 20 000 hingga RM 30 000. Berikut ialah barian yang wajib dipenuhi oleh pihak lelaki untuk diberi kepada keluarga pihak perempuan.- Tajau besar 'Tiluan" harga RM 1000.00- Tajau besar "Binukul" harga RM 1000.00- Duit "Pamahipusan atau Kapuan Nu Tapi" (Khusus untuk Ibu pengantin Rm 1000.00)- Tajau Besar buatan lama "Binalayungan" (Khusus untuk bapa pengantin) anggaran RM 1000.00- Lembu atau Kerbau antara seekor atau tiga ekor.- Tajau besar biasa 5 hingga 10 anggaran RM 5000.00- Tajaun sederhana besar dan kecil 50 hingga 100 anggaran RM 3000.00- Gong Besi 2 hingga 5 anggaran RM 5000.00- Gong Tembaga 5 hingga 10 anggaran RM 2000.00- Kain sarung 100 hingga 200 keping anggaran RM 1000.00- Emas seperti rantai, cincin dan anting-anting anggaran RM 2000.00- "Sisitan atau Susukur" 50 hingga 100 utas anggaran RM 1000.00- Kain Nila 10 hingga 30 batang anggaran RM 1000.00- Lain-lain permintaan dari ahli keluarga pihak perempuaan dianggarkan RM 5000.00
  • Berbeza dengan suku kamu lain di negeri Sabah, hantaran mas kahwin tidak terlalu mahal berbanding dengan masyarakat Murut khususnya Murut Tagal. Sebenarnya, hantaran barian ini tidak mampu dilakukan oleh ibubapa pihak lelaki kerana begitu mahal tetapi kerana amalan kerjasama sesama keluarga dapat membantu meringankan masalah pihak lelaki. Setiap satu keluarga di sebelah pihak lelaki akan membawa barian dari rumah atau yang dibeli misalnya duit, gong, tajau besar, emas, kain sarung dan kain nila untuk membantu keluarga mereka yang telah berkahwin. Jika ada 30 buah keluarga sebelah pihak lelaki, barian ke acara perkahwinan yang dibawa boleh dianggarkan mencapai RM 20 ribu sehingga RM 40 ribu. Walaupun bukan dalam bentuk duit, tetapi harga barang yang dibawa memiliki harga yang mahal misalnya tajau besar buatan lama, gong dan emas semua dibeli dalam harga yang mahal. Oleh itu, amalan bekerjasama dan bergotong royong sesama keluarga sama ada keluarga jauh atau dekat tetap akan datang membantu. Mereka mengamalkan ada "timbal balas". Setiap kali dalam kesusahan, sesebuah keluarga yang mempunyai masalah akan memberitahu keluarganya yang lain untuk datang membantu. Dengan cara itu, masyarakat Murut Tagal dapat meringankan segala bebanan yang dipikul.

4.4.4 Semasa Limpuhu
  • Limpuhu sama juga dengan majlis perkahwinan, ada kalanya keluarga pihak perempuan terus melompat kepada adat 'Limpuhu'. Memandangkan adat kahwin masyarakat Murut berhierarki, maka berkecenderungan untuk mengamalkan kahwin "Limpuhu" nombor dua daripada adat kahwin biasa. Barian yang dibawa oleh pihak lelaki juga sama dengan kahwin biasa. Antara barian yang selalu di bawa oleh pihak lelaki ialah :- Tajau besar 'Tiluan" harga RM 1000.00- Tajau besar "Binukul" harga RM 1000.00- Duit "Pamahipusan atau Kapuan Nu Tapi" (Khusus untuk Ibu pengantin Rm 1000.00)- Tajau Besar buatan lama "Binalayungan" (Khusus untuk bapa pengantin) anggaran RM 1000.00- Lembu atau Kerbau antara seekor atau tiga ekor.- Tajau besar biasa 5 hingga 10 anggaran RM 5000.00- Tajaun sederhana besar dan kecil 50 hingga 100 anggaran RM 3000.00- Gong Besi 2 hingga 5 anggaran RM 5000.00- Gong Tembaga 5 hingga 10 anggaran RM 2000.00- Kain sarung 100 hingga 200 keping anggaran RM 1000.00- Emas seperti rantai, cincin dan anting-anting anggaran RM 2000.00- "Sisitan atau Susukur" 50 hingga 100 utas anggaran RM 1000.00- Kain Nila 10 hingga 30 batang anggaran RM 1000.00- Lain-lain permintaan dari ahli keluarga pihak perempuaan dianggarkan RM 5000.00

4.4.5 Semasa Bului
  • Seperti adat kahwin "Limpuhu", kahwin "Bului" juga sama dengan barian yang di bawa semasa perkahwinan biasa. Cuma nama yang berbeza. Adat kahwin 'bului' selalu diamalkan oleh keluarga pihak perempuan apabila anak gadis mereka dikahwini. Biasanya apabila keluarga pihak perempuan tidak mampu mengadakan cara kahwin "Tinauh", mereka menggunakan adat kahwin 'Bului" untuk anak gadis mereka yang dikahwini. Semua hantaran barian adalah sama sahaja cuma perjalanan adat itu semasa ia dilangsungkan adalah berbeza. Antara barian yang dibawa ialah :- Tajau besar 'Tiluan" harga RM 1000.00- Tajau besar "Binukul" harga RM 1000.00- Duit "Pamahipusan atau Kapuan Nu Tapi" (Khusus untuk Ibu pengantin Rm 1000.00)- Tajau Besar buatan lama "Binalayungan" (Khusus untuk bapa pengantin) anggaran RM 1000.00- Lembu atau Kerbau antara seekor atau tiga ekor.- Tajau besar biasa 5 hingga 10 anggaran RM 5000.00- Tajaun sederhana besar dan kecil 50 hingga 100 anggaran RM 3000.00- Gong Besi 2 hingga 5 anggaran RM 5000.00- Gong Tembaga 5 hingga 10 anggaran RM 2000.00- Kain sarung 100 hingga 200 keping anggaran RM 1000.00- Emas seperti rantai, cincin dan anting-anting anggaran RM 2000.00- "Sisitan atau Susukur" 50 hingga 100 utas anggaran RM 1000.00- Kain Nila 10 hingga 30 batang anggaran RM 1000.00- Lain-lain permintaan dari ahli keluarga pihak perempuaan dianggarkan RM 5000.00

4.4.6 Semasa adat "Tinauh"
  • Adat "Tinauh" adalah satu acara perkahwinan yang berada di hierarki paling tertinggi dalam adat Murut Tagal di Daerah Sepulut Sabah. Manakala adat "Barian Sampai Mati" pula adalah kemuncak penghantaran hantaran mas kahwin ataupun barang-barang hantaran yang diminta oleh keluarga sebelah pihak perempuan. Kemuncak penghantaran mas kahwin itu adalah pada acara keramaian "Tinauh" yang berlangsung selama tiga hari tiga malam ataupun dalam tempoh seminggu. Meskipun sudah beranak pinak dan umur sudah menjangkau 30 hingga 50 tahun, barian tetap diberi oleh pihak lelaki kepada sebelah pihak perempuan.
  • Menurut Herman Scholz (1988) Both, the tina'uh and the bului are highly traditional affairs, and they are best described as the last handing over of the outstanding dowry that was initially agreed on for the bride. The bului ceremony is even grander than the tina'uh, but this text will content itself to explanations pertaining to the tina'uh of the Tataluan Murut.Berikut ialah barian atau barang-barang hantaran yang dibawa semasa adat "Tinauh" :-1. Tajau Besar buatan lama atau "Sampa Lair" 10 hingga 30 buah.2. Gong Besi dan Gong Tembaga atau 'Ahung basi dan Ahung Tambaga" 20 hingga 40 buah.3. Tajau bersaiz sederhana besar "Sampa Biasa" 50 hingga 300 buah4. Kain Sarung atau "Tapi" 100 hingga 300 keping.5. Kain nila atau "Kain Kinayuh" 20 hingga 30 keping.6. Lembu atau Kerbau 1 hingga 3 ekor.7. Emas atau "Amas" seperti rantai, gelang, cicin dan anting-anting.8. Bungkas 10 hingga 20 utas9. Sisitan 50 hingga 200 utas
  • Selain barian yang disenaraikan di atas, terdapat juga permintaan daripada pihak perempuan yang mesti dipenuhi oleh keluarga pihak lelaki. Permintaan tersebut berupa barang berharga atau duit. Biasanya, saging atau 'buyuung' di hantar dan dibahagi-bahagikan kepada keluarga pihak lelaki untuk memenuhi permintaan pihak perempuan. Sekiranya ada 30 buah keluarga menghantar 'buyung' atau saging maka 30 buah juga keluarga daripada pihak lelaki memiliki saging dari pihak perempuan. Setiap satu keluarga ada satu 'buyuung', malah lebih dari dua. Mereka berpasangan untuk memudahkan barang yang diminta tertunai oleh keluarga pihak lelaki.
  • Sehelai kertas diletak di atas 'buyuung' sebagai simbolik untuk memberitahu hajat barang yang diminta. Antara contoh barang yang diminta oleh keluarga pihak perempuan daripada pihak lelaki ialah :-Tajau Binalayungan (Tajau Buatan Lama)-Gong Besi atau "ahung".-Lembu/Kerbau-Jam Tangan Berjenama-Rantai Emas Berbuah, Gelang Emas Berbuah, Anting-anting tebal dan Cicin tebal.- Duit Rm 300 hingga Rm 500-Peti Sejuk-Almari Pakaian-Astro.-Televisyen-Generator-Basikal-Motorsikal-Dan lain-lain

4.4.5 Lain-lain Keadaan
  • Lain-lain keadaan yang dimaksudkan ialah apabila keluarga pihak perempuan mengalami masalah seperti berlaku kematian, ahli keluarga berkahwin dan tinauh. keluarga pihak perempuan akan datang kepada anak perempuan yang telah dikahwini untuk meminta pertolongan. Antara pemberian yang selalu diberi ialah :-Tajau Besar atau Tajau Kecil antara 1 hingga 5-Kain Sarung antara 2 hingga 10 keping-Sisistan antara 2 hingga 5-Gong antara 1 hingga 3-mana-mana emas dianggarkan RM 500.00-Duit dianggarkan Rm 100.00 hingga RM 500.00

4.6 PERATURAN ADAT 'BERIAN SAMPAI MATI"
  • Adat 'Barian Sampai Mati' sebenarnya mempunya beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh masyarakat Tagol di Daerah Sepulut, Daerah Pensiangan dan Daerah Nabawan. Memandangkan cara penghantaran barian tidak sama, ada yang ikut cara kahwin biasa, limpuhu, bului dan Tinauh maka peraturannya juga berlainan tetapi barang hantaran tetap mahal.
  • Peraturan pertama, sekiranya pihak lelaki berjaya melunaskan barian atau mas kahwin isteri yang dikahwinininya dan ibubapa pihak perempuan berpuas hati. Maka perkahwinan setakat disitu sahaja tanpa ada perkahwinan lain seperti Limpuhu, Bului dan Tinauh. Barian yang sangat penting ialah dua tajau yang dinamakan "Tiluan" dan "Binukul". Kedua-dua tajau ini adalah buatan lama dan sangat berharga bagi masyarakat Murut. Tiluan diumpamakan sebagai 'jantung' manakala Binukul adalah "hati". Perlembagaan ini menunjukkan betapa tingginya adat masyarakat Murut.
  • Peraturan kedua ialah sekiranya pihak lelaki dan pasangannya sudah berkahwin dan sudah beranak-pinak tetapi ibubapa pihak perempuan masih tidak berpuas hati dengan barian hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki, maka 5 atau 10 tahun kemudian, ibubapa pihak perempuan memanggil sekali lagi menantu lelaki mereka untuk mengadakan perkahwinan adat lama sama ada "Bului" atau "Tinauh". Mahu atau tidak mahu, suami kepada anak perempuan yang dikahwini terpaksa menyanggupi permintaan mantuanya. Jika tidak, mantuanya berhak menyaman kerana barian yang diminta masih belum cukup.
  • Peraturan ketiga ialah, sekiranya pasangan lelaki dan pasangan perempuan baru bertunang dan bapa perempuan terus mahu mengadakat cara kahwin adat "Tinauh" serta mendapat persetujuan daripada pihak lelaki maka penghantaran barian secara besar-besaran diadakan pada tarikh yang ditetapkan. Maksudnya, perkahwinan biasa tidak digunapakai lagi, tetapi terus kepada peringkat perkahwinan yang paling tinggi iaitu "Tinauh" kerana kedua-dua belah pihak sanggup berbelanja besar.

4.7 KESIMPULAN
  • Jelaslah bahawa adat 'barian sampai mati' merupakan adat yang paling unik antara seluruh masyarakat suku kaum Murut Tagal di Sabah. Adat ini sudah menjadi kebiasaan setiap kali seorang gadis dikahwini. Walaubagaimanapun, ramai masyarakat Murut Tagal pada masa ini menyedari bahawa adat 'barian sampai mati' sangat membebankan. Mereka mengakui sendiri bahawa lebih baik menggunakan duit yang ada untuk membelanjakan perbelanjaan anak ke sekolah berbanding menghabiskannya untuk 'Tinauh". Ternyata, adat 'barian sampai mati' ini sudah tidak mendapat sambutan daripada masyarakat Murut Tagal sendiri. Ini disebabkan kesededaran akibat banyak pengalaman menempuhi adat yang dianggap adat lama dan tidak relevan untuk masa sekarang. Adat yang baik dan menguntungkan boleh dipertahankan untuk menjaga adat warisan daripada nenek moyang, tetapi jika adat itu menyusahkan hidup, maka adat tersebut perlu ditinggalkan. Hidup bukan diabdikan dengan adat lama yang merumitkan dan terbukti amat merugikan bangsanya, tetapi apa yang penting adat mesti sesuai dengan corak hidup masa kini yang lebih pentingkan pendidikan, kerjaya dan masa depan.

1 comment: